makmal penyelidikan

  • Bioinformatik adalah satu bidang sains di mana biologi, sains komputer dan teknologi maklumat digabungkan dalam satu disiplin.  Tujuan bidang ini adalah untuk membolehkan penemuan dalaman biologi yang baru serta mencipta perspektif global di mana penyatuan prinsip-prinsip dalam biologi dapat dicerap.

    Bioinfo

    Bioinformatik boleh difahami sebagai bidang yang merangkumi dua disiplin utama seperti:

    • kerja penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk membina perisian dan infrastruktur pengkalan data
    • penyelidikan berasaskan komputer yang menekankan kepada pemahaman dan penyelesaian persoalan-persoalan biologi

    Matlamat Program Bioinformatik di SBC adalah untuk menyediakan SBC dengan infrastruktur teknologi maklumat (IT) bagi penyelidikan bioinformatik, penstoran dan pengurusan pangkalan data dan juga untuk memenuhi fungsi berkanun SBC untuk mengekalkan rekod dan pengkalan data bagi sumber-sumber biologi yang terdapat di Sarawak.

    Objektif-objektif program ini adalah:

    • membangunkan sistem pengkalan data yang bersepadu bagi penyeliaan, mendapatkan semula, serta menganalisa maklumat biologi untuk membantu dalam program penyelidikan dan pembangunan
    • membangunkan aplikasi pangkalan data pengetahuan tradisional yang telah disebarkan untuk mengekalkan dan mendapatkan semula data berkaitan pengetahuan tradisional daripada pelbagai komuniti
    • menyediakan pengurusan dan pengendalian kemasukan kepada data biologi yang selamat, berkeupayaan dan berskala.

    Hasil utama daripada program ini adalah Pusat Data Bioinformatik untuk pangkalan data kepelbagaian biologi atau sumber-sumber semulajadi, penyelidikan dan pembangunan; perpustakaan produk semulajadi dan sistem inventori; pangkalan data pengetahuan tradisionall bagi komuniti-komuniti pribumi Sarawak.  Pusat ini akan menampilkan:

    • pusat penyimpanan dan pengambilan semula data kepelbagaian biologi yang berkapasiti tinggi, berkelajuan tinggi dan dinamik
    • sistem pangkalan data yang bersepadu daripada taksonomi kepada pengetahuan tradisional dan kepada perpustakaan produk semulajadi
    • menyebarkan aplikasi pengkalan data untuk pendokumentasian pengetahuan tradisional
    • laman sesawang tentang komuniti-komuniti pribumi serta warisan dan pengetahuan tradisional mereka

    Program Bioinformatik dijangka akan membawa kepada pengambilan semula maklumat tentang kepelbagaian biologi dan sumber-sumber biologi dengan lebih pantas, tepat dan terkini sebagai input dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri serta membantu dalam pertukaran bahan/maklumat di antara agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi antarabangsa seumpanya.

  • Makmal Biologi Molekul memberi fokus penyelidikan yang bermula dari genetik-genetik molekul kepada struktur-struktur biologi dan penyaringan barisan sel "in vitro". Teknik-teknik moden biologi molekul, biokimia dan genetik-genetik digunakan bersama pelbagai peralatan penyelidikan seperti DNA (deoxyribonucleic acid) sequencer dan PCR (polymerase chain reaction machine).

  • Fungsi Makmal Kimia Analisis adalah untuk melakukan pengasingan, penulenan, pengecaman dan kuantifikasi komponen-komponen kimia di dalam produk semulajadi.

    Anachem ArticleBahan-bahan ekstrak dari Makmal pengekstrakan dan Makmal Mikrobiologi dihantar ke Makmal Kimia Analisis untuk pengasingan dan penulenan sebatian-sebatian dengan menggunakan pelbagai teknik kromatografi seperti kromatografi kolum, kromatografi lapisan nipis (TLC), dan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC).

    Makmal ini dilengkapi dengan pelbagai sistem HPLC bermula dari HPLC analisis to HPLC separa-persiapan dan HPLC pra-persiapan. Ini membolehkan analisis kualitatif, analisis kuantitatif dan juga pengasingan serta tujuan penulenan dijalankan.

    Makmal ini juga dilengkapi dengan gas kromatografi spektrometri jisim (GCMS) untuk menganalisis sebatian tidak berpolar dan mudah meruap. Ini adalah sangat penting untuk analisis sebatian minyak pati. Kumpulan kami di dalam Makmal Kimia Analisis berusaha untuk menyediakan pengasingan yang cepat dan pengecaman sebatian.

  • Makmal Kultur Tisu Tumbuhan menggunakan pelbagai teknik untuk menggandakan tumbuhan-tumbuhan "keras" yang disasarkan untuk pengeluaran metabolit sekunder and untuk membina bahan-bahan penanaman unutk tujuan penyelidikan dan pembangunan dan akhirnya untuk pendomestikan.

  • Alam mikrob yang melambangkan salah satu sumber genetik terbesar kepelbagaian biologi yang belum diterokai yang terhasil secara biologi dan kimia adalah amat unik serta pelbagai menuju ke arah sebatian-sebatian untuk penemuan-penemuan ubatan. Sarawak dikenali dengan kekayaan flora dan fauna nya dijangka memiliki jumlah mikrobnya yang pelbagai.

    MikrobiologiDibawah Program Bioprospek Mikrobiologi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak, aktinomisit dan pencilan fungus diasingkan dari tumbuhan dan sampel-sampel tanah yang dipungut dari ekosistem semulajadi. Pengumpulan kultur-kultur mikrob yang semakin berkembang termasuklah pengasingan eksotik yang baru dan banyak menghasilkan barisan produk semulajadi yang mengagumkan untuk saringan penemuan.

    Penyaringan yang dilakukan di makmal PKBS sendiri menunjukkan pelbagai ekstrak daripada pencilan-pencilan ini mempamerkan samada spesifik atau aktiviti spektrum yang luas terhadap patogen-patogen umum dan membuatkan mereka  adalah permulaan yang sesuai untuk penemuan antibiotik-antibiotik baru.

  • Makmal Pengekstrakan PKBS adalah pusat perhentian pertama untuk sampel-sampel kering tumbuhan yang dibawa balik dari pemungutan dan dari komuniti-komuniti tempatan. Kesemua sampel tumbuhan akan diproses di kawasan Penyediaan Tumbuhan. Proses tersebut termasuklah mecuci sampel-sampel tumbuhan, pemotongan, pengeringan dan pengisaran. Sampel-sampel tumbuhan yang telah dikisar akan dihantar ke Makmal Pengekstrakan.

    20160811 DSC07756 ExtractionPangkalan Data Produk Semulajadi atau lebih dikenali sebagai NATPRO (Natural Product Database) terletak di dalam makmal ini. Kesemua maklumat, termasuklah Pengetahuan Tradisional untuk sampel-sampel tumbuhan tersebut juga disimpan di sini. Cuma individu yang telah diberi kuasa atau dibenarkan sahaja boleh mengendalikan NATPRO. Kesemua ekstrak-ekstrak tumbuhan akan disimpan di dalam botol ambar yang dibarkodkan dan disimpan dalam tiga replikasi untuk setiap sampel tumbuhan.

    Makmal Pengekstrakan menjalankan beberapa jenis pengelstrakan seperti pengekstrakan rutin, pengekstrakan pukal, dan pengekstrakan minyak pati. Protokol untuk pengekstrakan rutin adalah berpandukan kepada protokol Institut Kanser Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai NCI (National Cancer Institute). Metodologi pengekstrakan ini boleh dilihat melalui carta aliran seperti di bawah:

    NCI Protocol flowchart

     

Contact

Chief Executive Officer
KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No.3032, 93990 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

Tel: +6 082 610610  |  Fax: +6 082 611535
Email: biosar[at]sbc[dot]org[dot]my

Visitors Counter

468456
TodayToday44
YesterdayYesterday1723
This WeekThis Week1767
This MonthThis Month35398
All DaysAll Days468456

Our responsive website design technology dynamically adapt to any screen sizes to give you the best web navigation experience.

Talikhidmat App

Follow us