permit penyelidikan

  • Adakah anda berfikir atau bercadang hendak membuat projek kajian di Sarawak? Dan anda tidak pasti samada anda memerlukan permit kajian atau tidak. Bimbingan ini bertujuan untuk membantu anda menjawab soalan diatas berpandukan Undang-undang Kepelbagaian Biologi Sarawak, 2004.

  • Selain daripada cadangan/proposal projek yang komprehensif, dokumen perjalanan yang sah (seperti pasport) adalah sangat penting. Pasport anda haruslahsah sekurang-kurangnya setahun untuk mengelakkan masalah-masalah dalam memohon Pas Profesional dari Jabatan Imigresen (Sarawak) dan dalam melepasi pelepasan ssekuriti dari pihak polis. Kesemua dokumen yang dihantar ke SBC akan dikemukakan kepada Unit Perancangan Negeri.

  • Selain daripada Permit Penyelidikan, anda mungkin dikehendaki untuk memohon permit-permit berikut dari Jabatan Perhutanan Sarawak:

    • Permit Import/Eksport
    • Permit untuk Memasuki Taman-taman Negara
    • Permit untuk Mengumpul
    • Permit untuk Menjalankan Penyelidikan
    • Permit untuk Mengumpul dan Menjalankan Penyelidikan

    Semasa proses penilaian cadangan penyelidikan, anda diberitahu akan permit-permit berkaitan yang harus dipohon. Tambahan, cadangan/proposal penyelidikan yang komprehensif adalah sangat penting.

    Anda boleh memohon permit-permit diatas di Jabatan Perhutanan Sarawak. Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut atau anda boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Sarawak seperti yang tertera dibawah:

    Forest Department Sarawak (HQ)
    Bangunan Wisma Sumber Alam
    Jalan Stadium,
    Petra Jaya 93660,
    Kuching, Sarawak, Malaysia
    Tel: +6082-442180, +6082-19102, +6082-319103
    Fax: +6082-441210, +6082-441377, +6082-319235

    Perhatian:Kegagalan untuk memenuhi atau memohon permit-permit yang diperlukan akan mengelakkan anda dari memulakan penyelidikan seperti yang anda telah jadualkan.

  • Sekiranya penyelidikan anda memerlukan Permit Penyelidikan (seperti yang tertera di sini), jadi "Ya" anda memerlukan Permit Penyelidikan. Ketua Projek haruslah memohon Permit Penyelidikan dan nyatakan kesemua ahli yang terlibat didalam projek tersebut di dalam orang Permohonan.

  • Anggapkan sahaja bahawa projek penyelidikan anda memerlukan Permit Penyelidikan, ianya boleh dipohon oleh agensi tempatan (yang meliputi kesemua penyelidik-penyelidik yang terlibat). Permit Penyelidikan harus dipohon oleh ketua projek.

Contact

Chief Executive Officer
KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No.3032, 93990 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

Tel: +6 082 610610  |  Fax: +6 082 611535
Email: biosar[at]sbc[dot]org[dot]my

Visitors Counter

468455
TodayToday43
YesterdayYesterday1723
This WeekThis Week1766
This MonthThis Month35397
All DaysAll Days468455

Our responsive website design technology dynamically adapt to any screen sizes to give you the best web navigation experience.

Talikhidmat App

Follow us