program

  • Terdapat 36 kumpulan pribumi yang berbeza di Sarawak dan ini dapat dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan besar seperti berikut:  Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan Melayu.  Setiap kumpulan etnik ini telah mewarisi pengetahuan tradisional yang luas daripada nenek moyang mereka dan sebahagian besarnya tidak pernah didokumentasikan.  Pengetahuan ini termasuklah amalan yang telah dilakukan berkurun lamanya seperti penanaman sumber makanan dan bagaimana untuk terus hidup dalam alam sekitar mereka.  Penggunaan dan pengurusan sumber-sumber biologi oleh masyarakat pribumi ini dari zaman dahulu dikenali sebagai pengetahuan tradisional.

    TK2018

    Sementara ramai di antara generasi-generasi tua di dalam komuniti-komuniti ini yang masih mempertahankan pengetahuan tradisional mereka, terdapat kebimbangan akan hilangnya pengetahuan ini disebabkan oleh perubahan cara hidup, keutamaan, senangnya memperolehi kemudahan-kemudahan moden dan hilangnya kebergantungan ke atas sumber-sumber semulajadi oleh komuniti-komuniti pribumi ini.  Ini menjadikannya semakin penting untuk mendokumentasi Pengetahuan Tradisional oleh setiap komuniti pribumi dan mempertahankannya sebagai warisan agar ia tidak hilang ditelan masa.

    Dengan permintaan yang mendadak terhadap pembangunan produk-produk semulajadi dan bioprospek daripada sumber-sumber biologi dunia, ianya menjadi semakin penting untuk mendokumentasi Pengetahuan Tradisional.  Ini untuk memastikan agar komuniti-komuniti pribumi yang telah mengamalkan pengetahuan tersebut sejak turun temurun diperakui sekiranya pengetahuan mereka digunapakai dalam pembangunan produk-produk semulajadi atau bioprospek.

    Objektif utama Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional yang dijalankan oleh Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak adalah sebagai pemudah cara kepada komuniti-komuniti pribumi di negeri ini dalam memulihara Pengetahuan Tradisional mereka melalui rekod dan pendokumentasian yang betul.  Usaha-usaha seperti ini dijalankan melalui bengkel-bengkel binaupaya yang membekalkan komuniti-komuniti tempatan dengan kemahiran-kemahiran yang perlu seperti teknik-teknik mendokumentasi, penanaman semula dan pengurusan tumbuh-tumbuhan tempatan yang berguna.

    Projek ini turut menggalakkan komuniti-komuniti pribumi untuk menanam tumbuh-tumbuhan tempatan yang berguna bagi keperluan mereka sendiri, sebagai lanskap di persekitaran mereka dan untuk tujuan kesedaran dan penghargaan.

  • Sarawak dianugerahi dengan berbagai kekayaan sumber biologi seperti kepelbagaian biologi, yang berpotensi untuk aplikasi-aplikasi unik dalam penjagaan kesihatan, pertanian dan industri.  Bioprospek ke atas kepelbagaian biologi untuk mencari potensi dan aplikasi-aplikasi yang berguna sangat bergantung kepada perlaksanaan program penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang kukuh melibatkan berbagai peralatan saintifik termasuklah bioteknologi.

    RND2018

    Biotechnologi menggunapakai pengetahuan tentang sistem biologi untuk menjana bio-produk yang berguna dan aplikasi-aplikasi untuk kehidupan seharian kita seperti ubat-ubatan, makanan dan alam sekitar.  Bioteknologi dan pembangunan bio-industri juga telah dianggap sebagai jentera  pembangunan negeri dan negara.

    Program P&P di SBC menekankan kepada penemuan-penemuan dalam sumber-sumber biologi yang membawa kepada pembangunan terapi herba, nutraseutikal, kosmeseutikal untuk penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan farmaseutikal untuk mengawal penyakit-penyakit seperti kanser dan agen-agen berjangkit yang lain.  Program ini juga memberi sasaran kepada penemuan bahan-bahan kimia dan enzim-enzim daripaa sumber-sumber biologi yang mungkin berguna untuk aplikasi-aplikasi yang luas seperti produk-produk berasaskan industri seperti minyak pati, bio-pestisid dan pewarna komersial.

    Objektif-objektif program ini adalah:

    • menubuhkan perpustakaan produk-produk semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan mikrob yang berguna - poster
    • saringan ke atas sebatian-sebatian anti-kanser, anti-kulat, anti-bakteria, anti-radang dan anti-protease daripada perpustakaan produk-produk semulajadi
    • pengasingan dan penjujukan gen daripada mikrob yang berguna yang mempunyai aplikasi-aplikasi perubatan dan perindustrian
    • membangunkan keupayaan kultur-tisu tumbuhan untuk pembiakan secara besar-besaran dan transformasi genetik
    • membangunkan kemahiran analitikal untuk penetapan struktur sebatian-sebatian bioaktif
    • melatih dan membangun sumber manusia negeri ini dalam bidang bioteknologi
    • menarik usahasama dan pelaburan saintifik daripada syarikat-syarikat bioteknologi/farmaseutikal
    • membantu dalam membangunkan bioindustri negeri Sarawak dengan menyediakan bioproduk yang berpotensi untuk dikomersialkan.

    Program P&P di PKBS disokong oleh 7 buah makmal serba lengkap dan khusus (pengekstrakan, mikrobiologi, biologi molekular, kultur-tisu tumbuhan, kimia analitikal dan bioinformati), kakitangan bersama saintis-saintis terlatih yang bekerja dalam suasana kondusif bertujuan untuk penyelidikan inovatif yang memberi fokus kepada kepelbagaian biologi.

    Kemudahan-kemudahan P&P di SBC mampu menyediakan Negeri Sarawak dengan matlamatnya untuk menjalankan bioprospek ke atas kepelbagaian biodiversitinya melalui P&P dan berkongsi faedah daripada penemuan-penemuan ini kepada rakyat.  Penemuan-penemuan ini akan menyediakan saluran bio-produk untuk bio-industri bagi memulakan dan menjana pulangan ekonomi dan pendapatan kepada negeri pada masa hadapan.

  • SBC telah memperakui tentang pentingnya kesedaran dan penghargaan di kalangan masyarakat terhadap aplikasi-aplikasi dan usaha-usaha berkaitan bioteknologi.

    PA2018

    Objektif-objektif Program Kesedaran dan Penghargaan terhadap Kepelbagaian Biologi-Bioteknologi (Biodiversiti-Bioteknologi) di Pusat Kepelpagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah:

    • memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam program Kesedaran dan Penghargaan di SBC serta meningkatkan penghargaan terhadap kekayaan kepelbagaian biologi dan usaha-usaha bioteknologi di Sarawak
    • menganjurkan seminar dan forum yang menekankan kepada topik-topik kepelbagaian biologi-bioteknologi, dengan memberi sasaran kepada penggubal undang-undang, pegawai-pegawai turus kerajaan, ahli-ahli akademik, penyelidik dan saintis, wakil-wakil industri dan media
    • mengumpulsemak serta menyebarkan maklumat dan fakta yang tepat tentang kepelbagaian biologi-bioteknologi kepada masyarakat melalui media, penerbitan dan sesi-sesi interaktif seperti pameran, seminar, forum, ceramah umum dan sesi dialog.

    Di bawah program ini, SBC menyediakan landasan dan peluang kepada masyarakat  dan kumpulan sasaran tertentu (seperti saintis, penyelidik, penggubal polisi, ahli perniagaan/industri, pelabur) untuk berkongsi pengalaman dan buah fikiran serta membincangkan gaya, hala tuju dan isu-isu berkaitan kepelbagaian biologi, bioprospek dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui seminar, bengkel, persidangan, forum, ceramah umum, sesi dialog dan pameran.

    SBC turut menyediakan peluang kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempelajari tentang kekayaan kepelbagaian biologi di negeri ini, tentang nilai Pengetahuan Tradisional komuniti-komuniti pribumi, aplikasi-aplikasi bioteknologi dalam 'bioprospecting' serta peluang kerjaya dalam bidang-bidang berkaitan melalui Lawatan Sambil Belajar ke SBC, ceramah di sekolah-sekolah/institusi-institusi dan organisasi-organisasi juga ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.

     

  • Program Taman Kepelbagaian Biologi telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2006 untuk menyokong Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional, Program R&D (Penyelidikan & Pembangunan) serta Program Kesedaran dan Penghargaan.

    Garden Article

    Program ini menyumbang kepada peningkatan kesedaran dan penghargaan terhadap tumbuh-tumbuhan asli Sarawak di kalangan semua peringkat masyarakat, melahirkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kegunaan tumbuh-tumbuhan tersebut serta menyediakan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk tujuan penyelidikan ke atas tumbuh-tumbuhan yang mungkin berpotensi untuk bidang-bidang pembangunan produk, komersial atau penemuan ubat-ubatan.

    Taman Kepelbagaian Biologi juga menyediakan tapak untuk pemuliharaan ex-situ ke atas tumbuh-tumbuhan asli yang berguna yang dikumpul di bawah Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional.

    Penekanan adalah diberikan kepada pengumpulan, pembiakan dan penanaman ke atas flora  asli Sarawak, khususnya tumbuh-tumbuhan berguna yang digunakan oleh komuniti-komuniti pribumi di negeri ini.

Contact

Chief Executive Officer
KM20, Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No.3032, 93990 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

Tel: +6 082 610610  |  Fax: +6 082 611535
Email: biosar[at]sbc[dot]org[dot]my

Visitors Counter

471736
TodayToday237
YesterdayYesterday1407
This WeekThis Week5047
This MonthThis Month38678
All DaysAll Days471736

Our responsive website design technology dynamically adapt to any screen sizes to give you the best web navigation experience.

Talikhidmat App

Follow us