Selasa, Jun 27, 2017

Pin It Button

Bioinformatik adalah satu bidang sains di mana biologi, sains komputer dan teknologi maklumat digabungkan dalam satu disiplin.  Tujuan bidang ini adalah untuk membolehkan penemuan dalaman biologi yang baru serta mencipta perspektif global di mana penyatuan prinsip-prinsip dalam biologi dapat dicerap.

Bioinfo Article

Bioinformatik boleh difahami sebagai bidang yang merangkumi dua disiplin utama seperti:

  • kerja penyelidikan dan pembangunan yang diperlukan untuk membina perisian dan infrastruktur pengkalan data
  • penyelidikan berasaskan komputer yang menekankan kepada pemahaman dan penyelesaian persoalan-persoalan biologi

Matlamat Program Bioinformatik di SBC adalah untuk menyediakan SBC dengan infrastruktur teknologi maklumat (IT) bagi penyelidikan bioinformatik, penstoran dan pengurusan pangkalan data dan juga untuk memenuhi fungsi berkanun SBC untuk mengekalkan rekod dan pengkalan data bagi sumber-sumber biologi yang terdapat di Sarawak.

Objektif-objektif program ini adalah:

  • membangunkan sistem pengkalan data yang bersepadu bagi penyeliaan, mendapatkan semula, serta menganalisa maklumat biologi untuk membantu dalam program penyelidikan dan pembangunan
  • membangunkan aplikasi pangkalan data pengetahuan tradisional yang telah disebarkan untuk mengekalkan dan mendapatkan semula data berkaitan pengetahuan tradisional daripada pelbagai komuniti
  • menyediakan pengurusan dan pengendalian kemasukan kepada data biologi yang selamat, berkeupayaan dan berskala.

Hasil utama daripada program ini adalah Pusat Data Bioinformatik untuk pangkalan data kepelbagaian biologi atau sumber-sumber semulajadi, penyelidikan dan pembangunan; perpustakaan produk semulajadi dan sistem inventori; pangkalan data pengetahuan tradisionall bagi komuniti-komuniti pribumi Sarawak.  Pusat ini akan menampilkan:

  • pusat penyimpanan dan pengambilan semula data kepelbagaian biologi yang berkapasiti tinggi, berkelajuan tinggi dan dinamik
  • sistem pangkalan data yang bersepadu daripada taksonomi kepada pengetahuan tradisional dan kepada perpustakaan produk semulajadi
  • menyebarkan aplikasi pengkalan data untuk pendokumentasian pengetahuan tradisional
  • laman sesawang tentang komuniti-komuniti pribumi serta warisan dan pengetahuan tradisional mereka

Program Bioinformatik dijangka akan membawa kepada pengambilan semula maklumat tentang kepelbagaian biologi dan sumber-sumber biologi dengan lebih pantas, tepat dan terkini sebagai input dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri serta membantu dalam pertukaran bahan/maklumat di antara agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi antarabangsa seumpanya.