Ahad, Februari 19, 2017

Pin It Button

Terima kasih kerana melayari/mengguna laman sesawang rasmi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC)

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang termasuk penggunaan dan perlindungan daripada apa-apa maklumat yang dihantar oleh pelawat-pelawat.

Jikalau anda memilih untuk menghantar emel dimana kandungan emel tersebut mengandungi data peribadi yang boleh dikenalpasti, data ini mungkin dikongsi jikalau perlu dengan agensi kerajaan yang lain atas maksud untuk melayan anda dengan cara yang cekap dan efektif. Satu contoh mungkin dari segi menyelesaikan aduan-aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi kerajaan yang lain.

Maklumat yang dipungut
Tiada data peribadi yang boleh dikenalpasti dikumpul semasa melayari laman sesawang rasmi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak kecuali maklumat yang diberi oleh anda melaui emel, borang maklum balas atau borang soalan lanjut.

Maklumbalas
Kami mengalu-alukan semua maklumbalas dan pertanyaan.

Sekiranya maklumat-maklumat yang lebih mendalam dimana laman sesawang ini tidak dapat berikan, maklumbalas atau pertanyaan akan dihantar kepada agensi-agensi kerajaan yang bersesuaian untuk membantu anda dengan lebih baik.

Cookies
Laman sesawang tertentu menjana "Cookies" yang dikumpul oleh "Pelayan-Sesawang" untuk perisian tersebut mengenali lawatan-lawatan anda di masa akan datang.

Laman sesawang Rasmi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) menggunakan "Cookies" yang berfungsi untuk tujuan teknikal seperti menukar bahasa laman sesawang atau untuk statistik-statistik. "Cookies-cookies" ini tidak selama-lamanya merekod data dan tidak akan disimpan didalam cakera keras komputer anda. Setelah anda menutup pelayar, "cookies-cookies" akan dipadam.

Apa Terjadi Jikalau Saya dipaut ke Laman yang Lain?
Laman sesawang rasmi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) mengandungi pautan-pautan ke laman sesawang yang lain iaitu Agensi kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan. Dasar Privasi ini cuma digunapakai di laman sesawang kami dan anda harus sedar bahawa laman sesawang lain yang dipaut mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan kami sangat mengesyorkan anda membaca dan memahami kenyataan privasi setiap laman tersebut.

Pertukaran kepada Dasar
Sekiranya terdapat perubahan terhadap dasar privasi dalam apa jua cara, ianya akan di kemaskini di halaman ini. Semak semula halaman ini dengan kerap untuk memastikan anda sentiasa mengetahui pengemaskinian data yang dikumpul, bagaimana ianya digunakan dan keadaan bagaimana ia digunakan dan dikongsi dengan pihak lain sekiranya ada.

Pertanyaan dan Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan tentang dasar privasi atau tentang laman sesawang kami, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklumbalas.

(Perhatian: Dasar privasi di atas diguna pakai dari www.sarawak.gov.my dan dipinda untuk memenuhi keperluan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak)