Trek Selatan (Penemuan)

Hutan di trek selatan dapad dibahagikan kepada dua seksyen. Bentuk muka bumi di bahagian pertama hingga ke meter yang ke-190 agak rendah dan rata. Kehadiran banyak spesis-spesis sekunder menunjukkan hutan ini telah diratakan sebahagian daripadanya pada masa yang lepas serta terdapat gangguan tambahan yang disebabkan pokok-pokok yang tumbang. Dipterocarps agak jarang termasuk engkabang bintang (Shorea pinanga) dan engkabang rusa (Shorea stenoptera) yang ditanam oleh Jabatan Hutan pada lebih kurang 60 tahun yang lalu. Dua spesis ini berbunga sebanyak dua kali beberapa tahun yang lalu, dan yang terbaru adalah pada punghujung tahun 2014. Anak-anak pokok yang pandat masih dapat dilihat di lantai hutan.

Seksyen kedua melimpasi hutan campuran Dipterocarps melalui bukit kecil dari meter ke-190 hingga ke penghujung trek. Gangguan yang lepas mungkin berlaku disebabkan pembalakan dan kutipan hasil-hasil hutan. Terdapat banyak pokok-pokok bersaiz komersil masih kelihatan seperti spesis meranti, durian, gaharu, empili dan lain-lain.

Trek Utara (Ekologi)

Trek ini melimpasi hutan sekunder tanah rendah yang tua melalui cerun yang rendah di sebelah kiri hutan alluvial dan dataran yang rata disebelah kanan. Gangguan di dalam hutan ini adalah disebabkan penanaman pokok dan rotan di masa lalu dan kerosakan semulajadi adalah diakibatkan oleh pokok-pokok tumbang dan mati.

Hutan ini dipanggil hutan alluvial kerana ia tubuh di tanah aluvium. Tanah ini terdiri daripada pasir dan tanah liat yang dibawa oleh hujan lebat dan banjir kilat, basah dan menakung air. Hutan ini dipanggil hutan emperan dalam Bahasa Iban dan biasa ditemui di kawasan yang dilanda banjir di dalam Sarawak. Hutan alluvial yang terluas boleh dijumpai di Taman Negara Gunung Mulu di Ulu Batang Tutoh, Bahagian Miri. Disebabkan tanahnya yang kaya dan lokasi yang berhampiran dengan sungai, hutan ini telah dibersihkan untuk pertanian dan penempatan oleh ramai masyarakat luar bandar.

Buku Panduan Trek Alam Semulajadi SBC telah pun diterbitkan. Untuk memuat turun sila klik di sini.

SBC juga telah memasang perangkap kamera di sepanjang trek dan anda boleh menonton video-video haiwan di sini.

Orang Awam, Sekolah-sekolah, dan Agen Pelancongan

PublicAwarenessSidebar

Sekiranya anda berccadang hendak melawat, pastikan anda membuat tempahan dengan kami sekurang-kurangnya sebelum lima (5) hari bekerja sebelum tarikh lawatan. Prosedur ini juga digunapakai untuk kesemua fasiliti termasuk Taman Kepelbagaian Biologi and Trek Alam Semulajadi.

Masalawatan:
Isnin - Jumaat: 9.00am - 4.00pm
Tutup pada hujung minggu dan cuti-cuti umum

Tempah Sekarang