Selama lebih kurang 20 tahun, SBC telah menjalankan kolaborasi penyelidikan dengan organisasi korporat dan penyelidikan di serata dunia untuk mengoptimumkan usaha untuk menambahbaik kepelbagaian biologi dan untuk meningkatkan pencapaian penyelidikannya. Hasilnya, sebanyak 51 kolaborasi penyelidikan telah dijalankan; dimana 28 daripada jumlah tersebut adalah kolaborasi bersama organisasi korporat dan selebihnya adalah kolaborasi bersama institusi penyelidikan.

Perjanjian yang ditandatangani dikategorikan kepada:

  • Perjanjian (AG)
  • Perjanjian Perpindahan Bahan (Material Transfer Agreement),
  • Perjanjian Tidak Didedahkan (Non-Disclosure Agreement),
  • Perjanjian Rahsia dan Tidak Didedahkan (Confidentiality and Non-Disclosure Agreement), dan
  • Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding). Terdapat institusi yang bekerjasama dengan SBC mempunyai lebih daripada satu projek.

Kolaborasi-kolaborasi 2017

GS Caltex

GS Caltex Corporation, Korea 
SBC memeterai perjanjian penyeldikan dengan GS Caltex Corporation untuk menilai kesesuaian sap yang diekstrak dari batang pokok minyak sawit di Sarawak untuk dijadikan sumber nutrisi media.


InterhillGroup  pullman

Interhill Group of Companies (IG) and Pullman Kuching & Pullman Miri Waterfront (Hotels)
Interhill Group, syarikat pemunya Pullman Kuching dan Pullman Miri Waterfront Hotel menandatangi perjanjian dengan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) untuk bekerjasama dalam jualan produk-produk LitSara┬«. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada initiatif tanggungjawab sosial korporat Interhill bersama hotel-hotel dibawahnya dalam membantu komuniti-komuniti peribumi..


satoyama

Satoyama Farm Sdn Bhd
Satoyama bekerjasama dengan SBC dalam pengasingan dan penyaringan mikrob-mikrob yang berkaitan dengan tanah unutk mempertingkatkan kualiti indutri pertanian.


gretalslogo

Gretals Australia PTY LTD
SBC bekerjasama dengan Gretals dalam penilaian tumbuhan-tumbuhan di Sarawak untuk pembangunan industri perubatan dan produk-produk berasakan pertanian.