Ahad, Jun 25, 2017

Pin It Button

Di bawah peruntukan Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (Pindaan) 2003, Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penyelidikan ke atas sumber-sumber biologi sebagaimana ditakrifkan oleh ordinan dan juga eksport ke atas sumber-sumber biologi di Sarawak.  Untuk melaksanakan tugas-tugas ini, PKBS telah menyediakan Sistem Permit Penyelidikan yang menyediakan empat jenis permit: Permit untuk Mengumpul Sumber-Sumber Terlindung, Permit Eksport, Permit Jualan Sumber-Sumber Terlindung dan Permit Penyelidikan Etnobotani.

Proses permohonan bermula dengan menghantar permohonan melalui borang yang telah diperuntukkan oleh Majlis.  Permohonan kemudiannya akan di hantar kepada sekurang-kurangnya dua penilai teknikal bebas yang pakar dalam persoalan bidang penyelidikan.  Seterusnya penilai-penilai ini akan menghantar penilaian teknikal mereka terhadap kebolehlaksanaan dan nilai penyelidikan yang dicadangkan serta ke atas kebolehan teknikal pemohon untuk melaksanakan penyelidikan tersebut.

Penilaian-penilaian teknikal ini seterusnya akan diserahkan kepada Majlis untuk dipertimbangkan.  Jika Majlis meluluskan permohonan tersebut, PKBS seterusnya akan menyediakan deraf Perjanjian Penyelidikan untuk dibincangkan bersama pemohon.  Apabila kedua-dua pihak bersetuju, Perjanjian Penyelidikan akan dimuktamadkan dan ditandatangani dan permit yang diperlukan akan dikeluarkan oleh PKBS sebagai wakil pihak Majlis kepada pemohon-pemohon yang berjaya.

Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan  document Borang Permohonan Penyelidikan (160 KB) ( document Garis Panduan Borang Permohonan Penyelidikan (29 KB) juga boleh dimuatturun) dan menghantar ke PKBS.

PERHATIAN: Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memohon untuk menjalankan penyelidikan di Sarawak adalah dinasihatkan untuk memuat turun dan membaca dokumen-dokumen berikut sebelum terus mengisi borang Aplikasi Penyelidikan: