Khamis, Mei 25, 2017

Annie Low Mei Tin dari University Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Annie PassportMasa berlalu begitu cepat. Bagaikan tidak percaya yang tiga bulan latihan industri saya di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) berakhir begitu pantas. Tiga bulan ini bagaikan mimpi, mimpi yang diimpikan sejak saya masih kecil lagi. Terima kasih SBC kerana telah membantu saya mencapai impian saya ini.

Baca selanjutnya...

Elvon Bin Binawan dari University Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Elvon BinawanSaya tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata betapa terujanya saya apabila diterima untuk menjalankan latihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SBC kerana memberi peluang kepada saya untuk melakukan latihan industri di sini. Ini menjadikan 3 bulan saya yang paling bermakna buat saya. Sekarang, saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kimia Sumber di UNIMAS, dan apa yang boleh saya katakan, SBC adalah organisasi yang paling sesuai untuk saya meperlatihkan kemahiran dan mempelajari sesuatu yang baharu dalam hidup ini.

Baca selanjutnya...

Emy Ritta Jinggong dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Emy RitaLatihan industri di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) adalah satu pengalaman yang hebat. Apabila berjumpa dengan para pekerja SBC yang peramah, saya berasa lebih dialu-alukan dan selesa. Saya amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada SBC dan bersama-sama menjaga kepelbagaian biologi untuk hari esok seperti tertera pada "tagline"nya.

Baca selanjutnya...

Ngo Yi Lei dari Universiti Malaysia Sarawak

Ngoyilei IntroMemilih syarikat untuk menjalankan latihan industri adalah satu proses membuat keputusan yag amat mencabar. Namun begitu, apa yang membuatkan saya memilih Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) daripada syarikat-syarikat lain kerana fokus mereka terhadap penyelidikan dalam sumber-sumber biologi yang menjurus kepada pembangunan perubatan-perubatan farmaseutikal, nutrisi dan terapi herba. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi Sumber di UNIMAS, saya berasa terharu kerana telah terpilih sebagai salah seorang pelatih industri di SBC.

Baca selanjutnya...

Caroline Ng Chen Chen dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Caroline Ng Chen ChenSebagai permulaan, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas saya kepada Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalan dan menamatkan latihan industri saya dalam masa 3 bulan ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada staf-staf SBC yang telah mengajar saya tentang banyak ilmu dan kemahiran-kemahiran praktikal.

Baca selanjutnya...