Rabu, Disember 13, 2017

Jamyang Choden dan Leki Wangchuk dari Bhutan National Biodiversity Centre

Jamyang and LekiSelama dua minggu kami berada di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC), kami berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik penganalisaan kimia secara meluas dibawah pelbagai kepakaran. Pengetahuan dan pengalaman yang kami pelajari dan terima daripada pelbagai tenaga pekerja bukan sahaja berguna untuk pusat mengggerakkan makmal analitikal malah berguna untuk diri kami sendiri juga.

Selain daripada analisis kimia, kami berpeluang untuk berinteraksi dengan pakar-pakar lain seperti "scent trapping", pengekstrakan, mikrobiologi dan kami juga berpeluang untuk menghadiri sesi pertemuan bersama komuniti Pengetahuan Tradisional Sarawak.

Oleh itu, kami mewakili pusat kami ingin merakamkanberbanyak-banyak terima kasih kepada SBC kerana telah memberi peluang ini.

Amali Penyelidikan: Pelajar-pelajar "School of Engineer in Landscape and Horticulture in Angers, France"

Bonjour,

Julien Elise
Julien DeVienne Elise Maudry

Kami adalah pelajar-pelajar dari "School of Engineer in Landscape and Horticulture in Angers,(FRANCE)". Kami sangat gembira setelah mendapat tahu yang program amali kami akan diadakan di Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC). Semasa 10 minggu ini, kami mengerjakan pelbagai subjek yang berkaitan dengan bidang yang kami ambil.

Baca selanjutnya...

Latihan Penyelidikan Amali: Eva Bruketa dan Maryam Abdul Rahman

Eva Bruketa Maryam Abdul Rahman
Eva Burketa Maryam Abdul Rahman

Sebagai pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kehidupan University of Toronto, Kanada, kami berasa amat bertuah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman dalam program Latihan Amali Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak. Selama empat minggu, kami belajar dan bekerja di kemudahan-kemudahan di pusat.

Baca selanjutnya...

Jenny Pfeiffer – Technical University Dresden, Jerman

Jenny Pfeiffer – Technical University Dresden, GermanySaya mengunjungi SBC untuk latihan amali penyelidikan sebagai sebahagian daripada pembelajaran M.Sc. dalam bidang Kimia. Semasa berada di makmal mikrob, tugasan saya adalah pengasingan dan pengelpastian Myxobacteria. Saya lebih cenderung ke arah kepelbagaian biologi, biokimia dan mikrobiologi, tetapi saya juga berminat untuk mencari sifat-sifat unik Malaysia. Oleh itu, saya dapat menggabungkan minat saya untuk tujuan penyelidikan saya dalam latihan ini.

Baca selanjutnya...

Thomas Ma: Program Sukarela Sementara

Thomas MaKami di SBC berbesar hati menerima Thomas Ma dalam Program Sukarela Sementara ini. Beliau yang berumur 18 tahun berasal dari United Kingdom baru sahaja menamatkan A Levels dalam Matematik, Biologi dan Kimia dan akan memasuki University of Bristol menjelang September 2015 untuk mempelajari Zoologi.
 
Objektif Thomas berkunjung ke Sarawak atas dasar sukarela adalah untuk mempelajari tentang fauna dan juga mencari pengalaman melakukan kerja-kerja lapangan si hutan-hutan Sarawak. Semasa beliau disini, Thomas bukan sahaja menyertai program-program SBC, tetapi juga mendapat pengalaman yang tidak ternilai bersama Matang Wildlife Centre (Sarawak Forestry Corporation) dan Wildlife Conservation Society.

Thomas, kami berharap pengalam anda di Sarawak akan memberi membantu sedikit-sebanyak dalam pembelajaran zoologi dan kami ucapkan selamat maju jaya di masa akan datang!

Joshua Pandong, Wildlife Conservation Society (WCS)- Malaysia Program

Joshua PandongNama: Joshua Pandong
Organisasi: Wildlife Conservation Society (WCS)-Malaysia Program

Pemuliharaan hidupan liar sessuatu yang saya minati secara mendalam sebelum saya memulakan karier bersama WCS-Malaysia Program pada tahun 2005. Pertama kalinya saya menjumpai orang-utan di hutan liar adalah pada April 2006 di Batang Ai National Park: kami di "hendap' oleh dua ekor orang-utan yang melontar dahan pokok yang patah ke arah kami telah menjadi titik permulaan pencetus rasa hormat, tarikan dan kasih sayang terhadap spesis terancam dan haiwan pintar ini.

Baca selanjutnya...

Tarikh Terkini: 05 December 2017.