Isnin, April 24, 2017

Pusat Produk Semulajadi

Unique Produk Semulajadi unik dari hutan hujan Sarawak untuk "discovery screening" melalui perjanjian dan kolaborasi.

Npl Promo

Pin It Button

Pengenalan

Pusat Produk Semulajadi Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) mempunyai koleksi produk-produk semulajadi yang dikumpul secara sistematik dari hutan hujan Sarawak. Terletak di kepulauan Borneo, hutan hujan Sarawak adalah salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi.

Pusat Produk Semulajadi SBC memperolehi koleksi eksklusifnya dari spesis unik tumbuhan hutan hujan yang asli dan mikroorganisma dari sampel-sampel alam sekitar termasuklah fungus "endophytic", "actinomycetes" and alga.

Dari sumber hutan hujan yang asli ini, SBC mampu membekalkan sebuah pusat produk semulajadi yang pelbagai dari hutan hujan Sarawak untuk penemuan-bio dan penyelidikan melalui perjanjian dan kolaborasi.

Npl Plants

Tumbuhan

Lebih daripada 23,000 ekstrak dan meningkat setiap tahun.

  • Tumbuhan berguna dari Pengetahuan Tradisional
  • Tumbuhan perubatan
  • Tumbuhan-tumbuhan berminyak pati
  • Tumbuhan untuk perasa dan berwangian

Koleksi ekstrak dari Hutan hujan Sarawak dibekalkan melalui dokuemtasi pengetahuan tradisional daripada lebih dari 30 masyarakat peribumi Sarawak. Beberapa spesis tumbuhan ini jarang didapati dimana-mana dan endemik kepada Sarawak dan Borneo sahaja.  


Npl Microbes

Mikrob

Labih daripada 18,000 dan meningkat setiap tahun.

  • Actinomycetes
  • Algae
  • Cordyceps
  • Endophytes
  • Fungi
  • Marine Microbes
  • Myxobacteria

Hutan hujan Sarawak adalah perumah kepada pelbagai populasi mikrobial yang sangat menarik. Koleksi strain mikrob SBC adalah banyak termasuk yang baru dan eksotik yang boleh menjadi sumber produk semulajadi untuk penyelidikan.


Kelebihan SBC

Unik

Tumbuhan dan sampel mikrob yang ekslusif dan unik dari hutan hujan Sarawak.


Pelbagai

Koleksi produk semulajadi yang pelbagai. SBC mengumpul sampel dari pelbagai lokasi di kawasan hutan hujan Sarawak termasuklah tanah tinggi, hutan tanah rendah, collects samples from varying geographical locations within the Sarawak rainforest including highland and lowland forests, tanah gambut, tadahan air panas, gua-gua dan juga sampel marin.


Sistematik

Dokumentasi sampel yang dikumpul sistematik. Geo-tagging, kod-bar dan identifikasi molekul sera herbarium dan spesimen hidup dikumpul untuk membantu dalam pengumpulan semula yang cepat dan pembekalan yang boleh dipercayai.


Meningkat

Koleksi ekstrak yang bertambah untuk memperbesarkan lagi Pusat Produk Semulajadi SBC.

Kerjasama dengan SBC

Soalan Lanjut
Nama (*)
Invalid Input
Emel (*)
Invalid Input
Kategori (*)
Invalid Input
Soalan Anda (*)
Invalid Input
reCAPTCHA
Invalid Input