Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) mempelawa pemohonpemohon yang bermotivasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Jawatan: Penolog Pegawai Penyelidik, Q29

Penyelidikan dan Pembangunan

  1. Jawatan Berasaskan Caruman, JBC - 1 Kekosongan
  2. Kontrak 2 Tahun - 2 Kekosongan

Jadual Gaji: Q29

Gaji Minimum (RM)  Gaji Maksimum  Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
 1,496.00 5,676.00  145.00 

Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-

  • Menjalankan kerja lapangan untuk mengumpul dan merekod spesimen
  • Mengurus selia pangkalan data produk semulajadi (dokumentasi dan penyimpanan rekod)
  • Mengumpul data daripada sampel analisis
  • Memasukkan data ke Laboratory Information Management System (LIMS)
  • Menjalankan inventori dan dokumentasi / penyimpanan rekod
  • Membantu dalam pengasingan mikroorganisma, kompaun dan produk semula jadi yang lain
  • Mengendalian dan penyediaan media, reagen dan peralatan untuk eksperimen
  • Mempelajari teknik dan pengendalian peralatan makmal
  • Mengurus selia peralatan makmal termasuk memantau prestasi, kerosakan, penyelenggaraan, servis dan pembaikan jika perlu

Kelayakan:

  • Diploma dalam Sains (PNGK 3.0 dan ke atas) daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM 1,774.37)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SVM/MCE
  • Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis)
  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer termasuk Microsoft Word, Excel dan emel

2. Jawatan: Penolog Pegawai Penyelidik, Q29 - Kontrak (2 Tahun)

(Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisi), Berasaskan Projek - 1 Kekosongan

Jadual Gaji: Q29

Gaji Minimum (RM)  Gaji Maksimum  Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
 1,496.00 5,676.00  145.00 

Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-

Membantu dalam melaksanakan Program Dokumentasi Pengetahuan Tradisional yang merangkumi:

  • Menjalankan kerja lapangan untuk mengumpul dan merekod spesimen
  • Latihan di lapangan bersama komuniti untuk aktiviti pertanian dan pengekstrakan minyak pati
  • Menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan perkongsian faedah dengan masyarakat etnik
  • Pengumpulan dan penanaman tumbuhan termasuk membantu Pegawai Penyelidik menjalankan eksperimen
  • Menyedia spesimen voucher tumbuhan

Kelayakan:

  • Diploma dalam Sains (PNGK 3.0 dan ke atas) daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM 1,774.37)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SVM/MCE
  • Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis)
  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer termasuk Microsoft Word, Excel dan emel
  • Boleh mengangkat minimum 20kg dan bekerja di kawasan lapangan

3. Jawatan: Pembantu Penyelidik, Q19 - Kontrak (2 Tahun)

Penyelidikan dan Pembangunan, Berasaskan Projek - 2 Kekosongan

Jadual Gaji: Q19

Gaji Minimum (RM)  Gaji Maksimum  Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
 1,355.00 4,007.00  100.00 

Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-

  • Menyediakan media pertumbuhan dan bahan kimia yang lain mengikut protokol dan resipi makmal yang disediakanTerlibat dalam semua peringkat pengkulturan alga (dari anak benih hingga menuai)
  • Mengukur dan merekodkan parameter asas kualiti air seperti suhu, pH, bacaan fluorimeter & kemasinan, pemantauan rutin dan berjadual kultur alga serta terlibat secara minima dalam kerja membaiki sistem pengkulturan alga
  • Mempelajari teknik dan pengendalian peralatan makmal
  • Mengurus selia stok kultur alga

Kelayakan:

  • Calon mesti memiliki sijil SPM/SVM/MCE atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM 1,355.00)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SVM/MCE
  • Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis)
  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer termasuk Microsoft Word, Excel dan emel
  • Boleh mengangkat minimum 20kg dan bekerja di tapak pengkulturan alga sekurang-kurangnya 5 jam sehari
  • Boleh bekerja pada hujung minggu dan cuti umum

4. Jawatan: Pengawal Keselamatan, KP11 - Jawatan Berasaskan Caruman, JBC

Seksyen Pentadbiran - 1 Kekosongan

Jadual Gaji: KP11

Gaji Minimum (RM)  Gaji Maksimum  Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) 
 1,205.00 2,939.00  80.00 

Calon yang berjaya akan melaksanakan tugas berikut:-

  • Melaporkan sebarang kejadian pecah masuk, kecemasan dan sebagainya kepada pihak pengurusan dan pihak berkuasa yang berkaitan (seperti: Polis, BOMBA, Ambulans dan sebagainya)
  • Meronda dan memantau keselamatan bangunan, kemudahan pejabat dan pekerja
  • Mengawal kemasukan pelawat ke premis SBC
  • Mengawal trafik dan melaksanakan peraturan meletak kereta di kawasan SBC

Kelayakan:

  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan /Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik (Gaji permulaan: RM1,205.00)
  • Calon mesti memiliki sijil PT3/PMR/SRP/LCE atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM 1,205.00)
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat PT3/PMR/SRP/LCE
  • Calon mesti mempunyai kebolehan dalam Bahasa Inggeris yang baik (bertutur dan bertulis)
  • Lelaki sahaja
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m tanpa kasut
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
    • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengawai perubatan berdaftar

Calon yang berminat dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kerja SBC/HR/2018/4 yang boleh dimuat turun di sini.

Borang permohonan kerja yang lengkap dan disertakan dengan surat permohonan, curriculum vitae yang terperinci, gambar bersaiz passport terkini (tidak dikembalikan) dan salinan sijil/transkrip serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan dan hantar secara hard copy kepada alamat di bawah sebelum atau pada 21 Disember 2018.

Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak
KM20 Jalan Borneo Heights, Semengoh
Locked Bag No. 3032
93990 Kuching, Sarawak
[Tel: 082-610610 Faks: 082-611535]

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil.